"MAMA AWASSSSSSSSS!."
Izume bangun dari mimpinya. Huh nasib baik itu hanya mimpi. Dia melihat jam. Jam menunjukkan pukul 2 30 pagi. Tiba - tiba pintu biliknya diketuk.
"Izume awak tak ada apa apa?" tanya ibu Izume
"Tak ada apa apa laa.. hanya mimpi. sudahlah ibu pergi tidur yee" ibu Izume hanya mengangguk dan balik ke biliknya sendiri.
SEPERTI biasa Izume makan sarapan lalu bersalam dengan ibunya lalu naik kereta Hikara. Selepas itu dia sampai sekolah lalu dia pergi ke kelasnya bersama Hikara.
Tiba - tiba kelihatan Min Hyo masuk ke kelas Izume dengan jalannya yang berbeza.
"Min Hyo? Awak tak ada apa apa?" tanya Izume. Min Hyo hanya mengeleng. Min Hyo terus duduk di kerusinya dengan muka yang penuh dengan kesakitan.
"Awak terjatuh ke?" tanya Izume lagi.
"Y.. ya.." kata Min Hyo. Dia melihat kakinya yang penuh dengan darah. Izume mengambil tuala lalu dia mencucinya dengan air. Selepas itu dia mengambil kaki Min Hyo dan mencucinya dengan tuala itu.
"Te...rima kasih. Awak sangat baik." kata Min Hyo. Izume hanya tersenyum. Dia mengubati kaki Min Hyo dengan perlahan - lahan.
"AWAK tak rasa bersalah ke?" tanya Jae Joong.
"Apa pulak aku nak nak rasa bersalah? Kan dia sendiri yang jatuh. Bukan aku yang tolak!" jawab Jae Jin.
"Tapi... kakinya dah banyak darah..."
"Yang penting aku tak bersalah sama sekali! Faham?" Jae Joong hanya menggelengkan kepalanya.
Lonceng sudah berbunyi. Mereka semua pun masuk kelas. Ketika mereka belajar, tiba - tiba pintu kelas mereka diketuk. Apabila cikgu mereka membuka, kelihatan seorang pelajar lelaki berdiri depan pintu. Dia hanya tersenyum.
"Oh ya. Cikgu lupa memberitahu awak semua. Bahawa kelas kita akan ada murid baru!" kata cikgu. "Perkenalkan diri awak"
"Nama saya Shin Hae Hyuk.. Nice to meet you all, aku harap aku akan dapat kawan baru di sini.." kata murid baru itu.
"Hrmm awak boleh duduk belakang Izume okay?" kata cikgu itu. Hae Hyuk hanya mengangguk.
Ketika mereka sedang belajar, tiba - tiba pensel Hae Hyuk terjatuh dari mejanya. Izume terus mengambilkan pensel itu untuk Hae Hyuk. Hae Hyuk tersenyum dan berterima kasih. Jae Joong terlihat kejadian itu dan nampaknya dia sedang cemburu.
Rehat sudahpun tiba. Min Hyo terlihat Izume sedang duduk makan menyuapkan Hikara. Kesihan jugak Min Hyo melihat Izume.
"Izume... Bolehtak aku menyuapkan dan menjaga Hikara?" kata Min Hyo.
"Tak payahla. Menyusahkan kau je" Izume tersenyum.
"Alaa bolehla. Sebagai balasannya kau belikkan aku makanan dan aku lanja awak. Boleh?" Min Hyo merayu.
"Baiklah. Aku belikan kau tapi tak payah kau lanja aku okay? Dan kalau jagakan Hikara dengan baik yerr"
"Kalau kau tak nak aku lanja, tak apa. kita bukan kawan lagi." Min Hyo merajuk. Izume hanya ketawa.
"Baiklah baiklah..."
Izume pergi ke kantin dengan duit yang diberi oleh Min Hyo. Dia melihat kantin, ramai sungguh orang yang membeli. Maklum dia baru pertama kali ke kantin. Dia ternampak Jae Joong dan Jae Jin.
"Tu mulut kau!" kata Jae Jin.
"Apa? Kenapa mulut aku? Senget ke? Tak pun!" kata Jae Joong.
"Tak, kau makan tu sampai tekeluar nasi. hehehe" sindir Jae Jin. Jae Joong hanya mencuci mulutnya dengan tissue. Tak tahan dengan sikap Jae jin tu....
Selepas habis rehat, Jae Joong ke tandas sekejap. Jae Jin sudahpun balik ke kelas. Tiba - tiba dia terasa seperti seseorang memegang bahunya. Dia menoleh ke belakang.
"owh kau rupanya. Aku fikir kau sudah mati. mwahaha" sindir Jae joong.
"Apa kau cakap? Sudah mati? Kau memang kejamm!" kata perempuan itu.
"Kejam? Eh dengar Jang Yo Mi, apakah seseorang itu tak kejam jika dia curang kepada kekasihnya?" marah Jae Joong.
"Awak marah?" kata Yo Mi. "Please lupakan masa lalu. Aku fikir kau gurau tadi"
"Shut up you!"
Jae Joong pun balik ke kelas. Yo Mi hanya memerhatikan Jae Joong saja
"Tak apa kau Jae Joong! walau apapun, aku mesti dapatkan kau balik!!"
IZUME menunggu seseorang di taman. Ketika itu Hikara tidak ikut Izume. Tiba - tiba dia terdengar suara seseorang menyebut namanya. Dia menoleh. Orang yang di nantikannya sudah datang.
"Akhirnya datang pun awak!" kata Izume.
"Haha.. maaf terlambat"kata perempuan itu. Izume terus membawa perempuan itu berjalan - jalan.
SUDAH beberapa kali Jae Joong menelefon Jae Jin tetapi masih tidak ada balasannya. "Esh, kalau aku tahu dia tak akan datang, tak mungkin aku datang. Menyusahkan betul budak tu!"
Tiba - tiba dia ternampak dua orang perempuan bersiar - siar. Sepertinya dia kenal perempuan itu... Baru sahaja Jae Joong nak pergi ke tempat itu, telefonnya berbunyi.
"Helo?" kata Jae Joong mengangkat telefon itu.
"Awak! Sekarang kau ada di mana?"
"NAH sekarang baru kau telefon aku! Sudah berapa jam aku menunggu tau!" marah Jae Joong.
"Relax relax. Tak boleh marah marah,, hehe sekarang kau berada di mana?" gurau Jae Jin.
"Aku sekarang berada di kerusi depan penjual makanan tu. Awas kau kalau kau tak ada!" kata Jae Joong. Tiba - tiba talian telefon ditutup. Menyusahkan betul Jae Jin tu...
Beberapa menit kemudian, Jae Joong ternampak Jae Jin yang sedang berlari. Jae Jin terus duduk tetapi Jae Joong menolak dia.
"Apasal kau ni?" kata Jae Jin.
"Siapa suruh kau duduk di kerusi aku?" marah Jae Joong. Jae Jin hanya ketawa.
Mereka berdua pun bersiar - siar. Tiba - tiba mereka terjumpa Izume dan Min Hyo.
"Eh kebetulan." kata Izume. Min Hyo hanya mendiamkan diri.
"yelah. hahaha" jawab Jae Joong.
"Dan aku terjumpa monyet di sini!" Jae Jin menyampuk.
"Awak diamlah aku bukan monyet!" teriak Min Hyo. Jae Joong dan Izume hanya ketawa.
Mereka pun berjalan bersama sama. Tiba - tiba Jae Joong hendak berjalan dengan Izume seorang sahaja.
"Aku dan Izume jalan dulu yer" kata Jae Joong.
"Habis aku?" Min Hyo cuba untuk menolak. Tak mau la sama lelaki sialan ini, Jae Jin.
"Kau datingla dengan Jae Jin" kata Izume. Mereka semua ketawa kecuali Min Hyo.
p/s Starlight Tears 6 akan Star post pada hari Ahad ini. Salam :)
Thursday, 24 June 2010
Starlight Tears 5
Wrote by Star at 22:30 0 precious words
Tuesday, 22 June 2010
Starlight Tears 4
BEG Izume di simpan di atas kerusi. Selepas itu Izume pun duduk keletihan. Memang besar sekolah itu, kalau sudah sehari berjalan di sekeliling sekolah pun letih, apalagi kalau setiap hari...
Hikara duduk di sebelah kanan Izume, Hikara memang tidak boleh dipisahkan dengan Izume kerana Hikara memerlukan bantuan setiap masa.. Beberapa menit kemudian guru kelas mereka sudah datang. Murid - murid semua berdiri lalu memberi ucapan terhadap guru mereka. Selepas memberi ucapan mereka pun duduk...
"Cikgu minta supaya semua murid - murid di sini memperkenalkan diri mereka masing - masing. Di mulai dari pelajar sebelah kanan.." kata cikgu itu.
Apabila sahaja giliran Izume, Izume terus berdiri dan memperkenalkan diri.
"Nama saya Izume atau nama panjang saya ialah Han Sung Young. Hobi saya ialah membaca buku"
"Oh Izume... Kenapa awak ada dua nama?"
"Tak cikgu, ibu saya selalu memanggil saya dengan nama Izume" Izume menjelaskan. Cikgu itu hanya mengangguk.
Apabila tiba giliran Hikara, Izume membantu Hikara untuk berdiri.
"Nama saya Hikara ataupun nama sebenar saya ialah Kim Ha Chan. Hobi saya ialah mendengar lagu"
Tiba - tiba pintu kelas mereka di buka. Kelihatan Jae Joong dan Jae Jin sedang berdiri di depan pintu.
"Kamu kenapa akhir masuk kelas?" tanya cikgu.
"Oh, tidak. Urmm, kami sesat cikgu" jawab Jae Joong. Semua pelajar di kelas itu mentertawakan mereka berdua.
"Dahlah, pergi duduk"
Jae Joong dan Jae Jin di suruh duduk di belakang Izume dan Hikara. Mereka pun duduk dan terus memperkenalkan diri mereka masing - masing.
Selepas semua pelajar memperkenalkan diri, cikgu menjelaskan sesuatu terhadap mereka. Jae Jin hanya berangan - angan dan melihat semua pelajar di kelas itu. Tiba - tiba dia ternampak seorang perempuan seperti dia kenali. Dia terus menarik Jae Joong dan berbisik kepadanya.
"Oh, kau ni jangan fikirkan pasal itu dulu lah. Tu liat cikgu di hadapan" kata Jae joong. Jae Jin membuat muka masam.
Semasa rehat, Izume hanya duduk di kelas menjaga Hikara. Dia membawa makanan dari rumahnya sendiri. Tiba - tiba ada seorang perempuan yang mendekati dia.
"Hai... Kenapa awak tidak pergi membeli di kantin?" tanya gadis itu.
"Hai... Tak aku kena menjaga Hikara"
"Oh, kesian aku melihat awak ne. Awak mahu saya jagakan Hikara ataupun saya belikan makanan?"
"Urmm takpayah la. Susahkan kau je"
"Tak apa.. Urmm nama awak siapa tadi yer?"
"Saya Han Sung Young, tetapi awak boleh panggil saya Izume. Nama awak pulak?"
"Oh nama saya Park Min Hyo. Senang dapat berjumpa awak. Boleh join kamu makan bersama boleh tak?" Izume hanya mengangguk. Mereka pun makan bersama - sama.
SUANSANA di kantin sangat riuh rendah. Kelihatan Jae Joong dan Jae Jin duduk bersama - sama di bangku paling hujung.
"Eh cuba awak lihat tu" kata Yo Mi.
"Ada apa?" jawab lelaki di sebelahnya itu.
"Itukan Jae Joong."
"Oh dia... Ketika ini dia berada di kelas mana?"
"Saya pun tak tahu..."
Tiba - tiba minuman Jae Jin tertumpah ke baju Jae Joong.
"Esh apa awak buat ne?" kata jae Joong sambil mengelap bajunya.
"Maaf, tak sengaja" Jae Jin tersenyum sinis.
"Eh mesti kau sengaja lah ni... Aku tahu dari muka kau" Jae Joong menolak Jae Jin. Jae Jin hanya ketawa.
Setengah jam kemudian rehat pun tamat.
"Ah, aku nak ke tandas sekejap" kata Jae Jin.
"Kau pergilah sana. Selamanya pun tak apa!" kata Jae Joong yang masih marah sebab tadi.
"Eh kau masih marah rupanya..." Jae Jin mencubit Jae Joong. Jae Joong hanya terus berjalan ke kelasnya.
Selepas Jae Jin ke tandas, dia ternampak seorang perempuan yang dia kenali.
"Hey. Apa khabar?" kata Jae Jin.
"Apa lagi?" jawab perempuan itu.
"Aik, marah? Haha, kan sudah lama tak jumpa. Awak masani ada boyfriend baru tak?" Jae Jin menyenyitkan matanya.
"Yelah. Kenapa? Nak sakitkan hati saya lagi?"
"Haha relax... dan tak sangka kita sekelas rupanya" perempuan itu terus berlari ke kelas tanpa menghiraukan Jae Jin. Jae Jin hanya tersenyum sinis.
BUNYI lonceng sekolah berbunyi menandakan waktu balik sudah tiba. Hikara dan Izume menunggu ibu Hikara. Tiba - tiba Izume merasa seperti seseorang memegang bahunya. Dia menoleh dan rupanya dia adalah Min Hyo.
"Hai, awak belum balik lagi ke?" kata Min Hyo.
"Belum, awak pulak?"
"Pun belum" tiba - tiba mereka terdengar bunyi kereta. Min Hyo melihat kereta itu dan rupanya dia ialah bapa Min Hyo. "Aku balik dahulu ya" Min Hyo melambai Izume dan Izume pun membalas lambaiannya...
Tiba - tiba sekali lagi Izume merasakan seseorang memegang bahunya. Dia menoleh rupanya dia adalah Jae Joong.
"Eh Jae Joong? Belum balik lagi ke?" tanya Izume.
"Belum, awak?"
"Pun belum. Eh kenapa awak boleh tersesat tadi sebelum masuk kelas?"
"Oh, sebenarnya kami bukan tersesat tapi kami sengaja lambat" Izume ketawa, Jae Joong pun turut ketawa.
"Eh, kereta mama Hikara sudah datang. Saya pergi dulu ya. Bye" Jae Joong membalas lambaiannya.
Kelihatan seseorang perempuan sedang memerhati mereka. Baru saja perempuan tu nak pergi ke tempat Jae Joong, tapi kereta Jae Joong sudah datang...
"Urghh, tak apa esok kan masih ada....."
Wrote by Star at 07:40 0 precious words
Labels: Starlight Tears


