KEDENGARAN bunyi telefon bimbit Hikara berbunyi. Jae Jin memandang Hikara.
"Adakah itu bunyi telefon bimbit awak?" tanya Jae Jin.
"Umm,, ya.. tolong beri kepada saya." jawab Hikara. Jae Jin mengambil telefon bimbit Hikara yang terjatuh depan tandas.
"Helo?"
"Hikara! Di mana awak sekarang?" tanya Izume. Dia sangat risau dengan Hikara.
"Izume.. emm, di... ummm..." Hikara membalas. Macamlah dia tahu sekarang dia berada di mana.
Jae Jin terus mengambil telefon bimbit Hikara.
"Helo? Maaf, Hikara sekarang berada depan tandas. Maafkan saya ya." kata Jae Jin.
Izume terus berlari ke tandas. Jae Joong hanya mengikuti Izume. Tiba saja mereka ke depan tandas, mereka ternampak Hikara dan Jae Jin.
"Hikara!"
"Jae Jin!"
Jae Jin dan Hikara menoleh ke arah Jae Joong dan Izume. Izume terus berlari dan memeluk Hikara.
"Hikara, risau sungguh aku kepada kau!" kata Izume. Hikara hanya senyum.
Jae Joong berjalan ke arah Jae Jin.
"Apa yang awak buat ne? Kenapa lambat sangat?"
"Tak ada... Hanya menolong dia mencari telefon bimbitnya." jawab Jae Jin.
"Owh, dah lah, aku nak baliklah." Jae Joong terus berjalan ke arah keretanya. Jae Jin hanya mengikuti Jae Joong.
"Jom balik!" kata Hikara. Izume menuruti kata - kata Hikara dan berjalan ke arah keretanya.
IBU Hikara menunggu anaknya di luar pintu. Alahai, lambat sangat Hikara dan Izume tu. Hari kan dah malam. Dia cuba menelefon Hikara tetapi tidak dapat dihubungi.
Tiba - tiba kedengaran sebuah kereta memasuki pagar rumah. Ibu Hikara terus berdiri. Izume turun dari kereta dan membawa Hikara turun.
"Maaf, kami pulang lewat." Izume meminta maaf.
"Tak apa, asal Hikara selamat" jawab ibunya. Izume hanya tersenyum. Selepas Hikara masuk ke rumah, Izume terus memandu keretanya balik ke rumah.
JAE JOONG meneguk minuman 100 plusnya. Dia sedang menonton televisyen.
"HOI!" Jae Joong merasa ada orang memegang kedua - dua bahunya. Dia menoleh, rupanya dia ialah Jae Jin.
"Kau ni, nasib baik jantung aku tak pecah." marah Jae Joong.
"Pecah? Kenapa pulak? tak kanlah di kejutkan macam tu pun boleh pecah?" gurau Jae Jin. Jae Joong hanya menjeling dia.
"Eh, awak sedia tak untuk sekolah baru?" tanya Jae Jin.
"Entah... Tapi si bodoh bersekolah di mana?" Jae Joong bertanya kembali.
"Si bodoh?"
"Eh... Jang Yo Mi tu..."
"Oh, macam lah aku tahu."
Jae Jin menutup televisyen. Jae Joong yang melihat tu terkejut lalu memukul Jae Jin.
"Apa yang awak nak ni? Sukati je menutup televisyen... Aku tengah kusyuk melihat cerita tu!" marah Jae Joong.
"Haha... relax relax! Apa yang seronoknya cerita tu? Hanya cerita cinta, cinta tu tak ada apa apa laa.." Jae Jin ketawa.
"Pernah aku kata yang cinta itu ada apa - apa?" Jae Joong menjeling Jae Jin. Jae Jin hanya ketawa, suka betul tengok Jae Joong marah...
KERETA Hikara sudahpun sampai depan rumah Izume. Izume terus berlari menuju ke kereta.
"Mama, mulai esok Izume memakai kereta sendiri yerr." kata Izume.
"Huh? Kenapa pulak?" tanya ibu Hikara.
"Ermm.. kereta Izume jarang Izume pakai.. Izume mahu membiasakan diri memakai kereta itu... Kan Izume hanya memakai kereta itu jika berjalan sahaja.."
"Urmm, janganlah dulu. Tolonglah Hikara, please?"
"Alah, baiklah ma" kata Izume. Ibu Hikara hanya tersenyum.
Setelah kereta mereka sampai, mereka terus keluar dari kereta. Izume memegang tangan Hikara. Wow, besar sungguh sekolah BSC ni... Mereka terus menuju ke kelas mereka yang di tetapkan.
Tiba - tiba ada seorang lelaki yang melanggar Izume sehingga buku Izume terjatuh. Lelaki itu meminta maaf lalu mengutip buku tersebut.
"Eh? Awak?" Izume terkejut apabila melihat lelaki tersebut.
"Awak.. sekolah sini ke?" tanya lelaki tu.
"Ya.. awak juga ke? Awak Jae Joong, kan?"
"Yeap, haha tak sangka awak ingat masih akan saya."
"Haha mestilah, kan baru kemarin kita berjumpa"
Lonceng berbunyi. Mereka pun balik ke kelas.
Terima Kasih Cinta Bab 5
3 years ago
0 precious words:
Post a Comment