BEG Izume di simpan di atas kerusi. Selepas itu Izume pun duduk keletihan. Memang besar sekolah itu, kalau sudah sehari berjalan di sekeliling sekolah pun letih, apalagi kalau setiap hari...
Hikara duduk di sebelah kanan Izume, Hikara memang tidak boleh dipisahkan dengan Izume kerana Hikara memerlukan bantuan setiap masa.. Beberapa menit kemudian guru kelas mereka sudah datang. Murid - murid semua berdiri lalu memberi ucapan terhadap guru mereka. Selepas memberi ucapan mereka pun duduk...
"Cikgu minta supaya semua murid - murid di sini memperkenalkan diri mereka masing - masing. Di mulai dari pelajar sebelah kanan.." kata cikgu itu.
Apabila sahaja giliran Izume, Izume terus berdiri dan memperkenalkan diri.
"Nama saya Izume atau nama panjang saya ialah Han Sung Young. Hobi saya ialah membaca buku"
"Oh Izume... Kenapa awak ada dua nama?"
"Tak cikgu, ibu saya selalu memanggil saya dengan nama Izume" Izume menjelaskan. Cikgu itu hanya mengangguk.
Apabila tiba giliran Hikara, Izume membantu Hikara untuk berdiri.
"Nama saya Hikara ataupun nama sebenar saya ialah Kim Ha Chan. Hobi saya ialah mendengar lagu"
Tiba - tiba pintu kelas mereka di buka. Kelihatan Jae Joong dan Jae Jin sedang berdiri di depan pintu.
"Kamu kenapa akhir masuk kelas?" tanya cikgu.
"Oh, tidak. Urmm, kami sesat cikgu" jawab Jae Joong. Semua pelajar di kelas itu mentertawakan mereka berdua.
"Dahlah, pergi duduk"
Jae Joong dan Jae Jin di suruh duduk di belakang Izume dan Hikara. Mereka pun duduk dan terus memperkenalkan diri mereka masing - masing.
Selepas semua pelajar memperkenalkan diri, cikgu menjelaskan sesuatu terhadap mereka. Jae Jin hanya berangan - angan dan melihat semua pelajar di kelas itu. Tiba - tiba dia ternampak seorang perempuan seperti dia kenali. Dia terus menarik Jae Joong dan berbisik kepadanya.
"Oh, kau ni jangan fikirkan pasal itu dulu lah. Tu liat cikgu di hadapan" kata Jae joong. Jae Jin membuat muka masam.
Semasa rehat, Izume hanya duduk di kelas menjaga Hikara. Dia membawa makanan dari rumahnya sendiri. Tiba - tiba ada seorang perempuan yang mendekati dia.
"Hai... Kenapa awak tidak pergi membeli di kantin?" tanya gadis itu.
"Hai... Tak aku kena menjaga Hikara"
"Oh, kesian aku melihat awak ne. Awak mahu saya jagakan Hikara ataupun saya belikan makanan?"
"Urmm takpayah la. Susahkan kau je"
"Tak apa.. Urmm nama awak siapa tadi yer?"
"Saya Han Sung Young, tetapi awak boleh panggil saya Izume. Nama awak pulak?"
"Oh nama saya Park Min Hyo. Senang dapat berjumpa awak. Boleh join kamu makan bersama boleh tak?" Izume hanya mengangguk. Mereka pun makan bersama - sama.
SUANSANA di kantin sangat riuh rendah. Kelihatan Jae Joong dan Jae Jin duduk bersama - sama di bangku paling hujung.
"Eh cuba awak lihat tu" kata Yo Mi.
"Ada apa?" jawab lelaki di sebelahnya itu.
"Itukan Jae Joong."
"Oh dia... Ketika ini dia berada di kelas mana?"
"Saya pun tak tahu..."
Tiba - tiba minuman Jae Jin tertumpah ke baju Jae Joong.
"Esh apa awak buat ne?" kata jae Joong sambil mengelap bajunya.
"Maaf, tak sengaja" Jae Jin tersenyum sinis.
"Eh mesti kau sengaja lah ni... Aku tahu dari muka kau" Jae Joong menolak Jae Jin. Jae Jin hanya ketawa.
Setengah jam kemudian rehat pun tamat.
"Ah, aku nak ke tandas sekejap" kata Jae Jin.
"Kau pergilah sana. Selamanya pun tak apa!" kata Jae Joong yang masih marah sebab tadi.
"Eh kau masih marah rupanya..." Jae Jin mencubit Jae Joong. Jae Joong hanya terus berjalan ke kelasnya.
Selepas Jae Jin ke tandas, dia ternampak seorang perempuan yang dia kenali.
"Hey. Apa khabar?" kata Jae Jin.
"Apa lagi?" jawab perempuan itu.
"Aik, marah? Haha, kan sudah lama tak jumpa. Awak masani ada boyfriend baru tak?" Jae Jin menyenyitkan matanya.
"Yelah. Kenapa? Nak sakitkan hati saya lagi?"
"Haha relax... dan tak sangka kita sekelas rupanya" perempuan itu terus berlari ke kelas tanpa menghiraukan Jae Jin. Jae Jin hanya tersenyum sinis.
BUNYI lonceng sekolah berbunyi menandakan waktu balik sudah tiba. Hikara dan Izume menunggu ibu Hikara. Tiba - tiba Izume merasa seperti seseorang memegang bahunya. Dia menoleh dan rupanya dia adalah Min Hyo.
"Hai, awak belum balik lagi ke?" kata Min Hyo.
"Belum, awak pulak?"
"Pun belum" tiba - tiba mereka terdengar bunyi kereta. Min Hyo melihat kereta itu dan rupanya dia ialah bapa Min Hyo. "Aku balik dahulu ya" Min Hyo melambai Izume dan Izume pun membalas lambaiannya...
Tiba - tiba sekali lagi Izume merasakan seseorang memegang bahunya. Dia menoleh rupanya dia adalah Jae Joong.
"Eh Jae Joong? Belum balik lagi ke?" tanya Izume.
"Belum, awak?"
"Pun belum. Eh kenapa awak boleh tersesat tadi sebelum masuk kelas?"
"Oh, sebenarnya kami bukan tersesat tapi kami sengaja lambat" Izume ketawa, Jae Joong pun turut ketawa.
"Eh, kereta mama Hikara sudah datang. Saya pergi dulu ya. Bye" Jae Joong membalas lambaiannya.
Kelihatan seseorang perempuan sedang memerhati mereka. Baru saja perempuan tu nak pergi ke tempat Jae Joong, tapi kereta Jae Joong sudah datang...
"Urghh, tak apa esok kan masih ada....."
Terima Kasih Cinta Bab 5
3 years ago
0 precious words:
Post a Comment