Cerita ini mengisahkan tentang dua orang perempuan dan dua orang lelaki yang bersahabat. Mereka ditemukan di sebuah sekolah yang dinamakan 'Bright Student College (BSC)'. Sesudah beberapa bulan mereka berkenalan, mereka berempat dilamun cinta..
Nama dua orang perempuan itu ialah Izume dan Hikara. Nama dua orang lelaki itu pula ialah Lee Jae Jin dan Kim Jae Joong.
Izume;
"Aku diasuh oleh dua orang kekasih yang kekurangan harta. Ya, aku diasuh. Bukan dilahirkan. Aku tidak tahu dimana ibu bapa ku yang sebenarnya. Mereka berdua menemukan aku dibuang di tong sampah. Tapi aku tak percaya ibubapa ku akan sekejam begitu. Kemudian kedua ibubapa yang mengasuhku sanggup bekerja hanya untuk membayar untuk persekolahanku setiap bulan. Mujur aku menjumpai seorang gadis yang bernama Hikara, lalu kami menjadi sahabat. Walaupun Hikara itu buta, tetapi dia sangat baik. Ibu bapanya kadang - kadang membantu ibu bapa ku untuk membayar sekolahku setiap bulan."
Hikara;
"Aku dilahirkan oleh ibubapa ku yang kaya dengan harta. Sesungguhnya aku bukanlah buta sejak lahir,aku hanya mengalami kemalangan sejak aku berumur dua tahun. Ketika pertama kali bersekolah, aku dibantu oleh seorang pembantu. Tetapi beberapa bulan kemudian, aku tidak memerlukan pembantu lagi kerana aku sudah boleh dibantu oleh kawan baik saya, Izume. Izume adalah seorang gadis yang baik, dan tidak pernah mengejekku. Dia sering membantuku untuk berjalan, mengambil barangku dan banyak lagi. Sebab itulah aku berhutang budi terhadap dia. Oh tuhan, aku hanya mahu seperti gadis yang lain, aku juga mahu melihat warna - warna , keindahan alam dan banyak lagi. :("
Kim Jae Joong;
"Aku dilahirkan oleh ibuku dan aku sangat menyayangi ibuku. Sayangnya, bapaku selalu saja sibuk bekerja diluar negara. Ketika nursery, aku selalu saja dibuli oleh kanak - kanak lain. Tetapi apabila saja aku sudah berada dalam sekolah rendah, aku berkawan dengan seorang lelaki yang bernama Lee Jae Jin, dia adalah seorang lelaki yang nakal dan banyak orang takut dengannya. Kemudian kami berdua menjadi sahabat, aku banyak membuli rakan - rakan ku yang lain. Ketika aku berada dalam sekolah 'Erdward secondary school', aku pernah bercinta dengan seseorang yang bernama Jang Yo Mi. Tetapi aku hanya dianggap mainan olehnya, lalu aku sangat menyesal untuk bercinta dan berfikir bahawa cinta itu BUTA...."
Lee Jae Jin;
"Ibu bapa ku ialah orang yang kaya dan memiliki perusahaan dimana - mana. Aku mempunyai kakak yang bernama Lee Jae Sha yang selalu mempermainkan cinta. Kadang - kadang aku merasakan ibubapaku terlalu sibuk dengan pekerjaan mereka, kalau bangun pagi pun, yang kulihat hanya pembantuku. Ketika aku bersekolah, aku dikira sebagai lelaki yang nakal. Aku membuli ramai rakan - rakan. Di sekolah rendah, aku terlihat seorang lelaki yang sering dibuli. Lalu aku cuba berkawan dengannya, dan akibatnya, dia pun menjadi budak yang nakal. Aku sebenarnya langsung tidak pernah paham apa itu cinta kerana aku hanya tahu memainkan cinta..."
Terima Kasih Cinta Bab 5
3 years ago
0 precious words:
Post a Comment